Naning ialah suatu kawasan di Melaka, Malaysia. Walau
bagaimanapun, Naning merupakan salah satu negeri asal yang membentuk
persekutuan Negeri Sembilan pada abad yang ke-16. Menurut Newbold (1839),
Naning merupakan salah sebuah negeri yang membentuk Persekutuan Negeri Sembilan
yang melibatkan sembilan buah negeri.
Wilayah Naning diperintah oleh seorang Penghulu yang bergelar Yang Amat Mulia Orang Kaya Seri Raja Merah daripada keluarga Nan Bergajah Tunggal (kerabat Naning). Sistem pentakbiran di Naning bukanlah bersifat autokrasi tetapi lebih kepada sifat demokrasi iaitu sistem adat Nan Berjenjang Naik yang membawa maksud pembesar atau ketua dalam sesuatu komuniti (dalam Naning) tertakhluk kepada kuasa daripada orang bawahannya. Sistem politik Naning mempunyai corak pengurusannya sendiri apabila pemerintahan dilicinkan lagi dengan kewujudan Lembaga Adat Naning (LAN) yang mempunyai beberapa pecahan struktur.
Kumpulan keluarga yang mula-mula sampai dan meneroka Naning
adalah seperti berikut :
Kumpulan keluarga Nan Bogajah Tungga
Kumpulan keluarga Semelenggang
Kumpulan keluarga Tiga Batu
Kumpulan keluarga Mungka
Kumpulan keluarga Anak Melaka
Kawasan Naning
Apabila Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan daripada
Inggeris, Naning telah menjadi sebahagian daripada negeri Melaka. Naning
dibahagiakan kepada 25 mukim seperti berikut :
Dalam Daerah Alor Gajah
Ramuan China Besar
Ramuan Cina Kecil
Sungai Baru Ulu
Masjid Tanah
Sungai Udang
Berisu
Ayer Paabas
Lendu
Sungai Buloh
Melekek
Taboh Naning
Pegoh
Kelemak
Pulau Sebang
Tanjung Rimau
Padang Sebang
Gadek
Melaka Pindah
Rembia
Sungai Petai
Kemmunig
Tebong
Empang Batu
Dalam Daerah Jasin
Batang Melaka
Jus
Nyalas