Dol Said atau
nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah,
Melaka dan berasal dari suku Semelenggang merupakan seorang pahlawan Melayu
yang kental. Ini kerana Dol Said memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.
Sejak kecil
lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu
mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Sungguhpun
berasal dari golongan keluarga yang susah, namun Dol Said sentiasa berusaha
untuk memajukan diri, agama dan bangsanya.
Dol Said
seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa
dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.
Kebangkitan Dol
Said
Taring Dol Said
mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan
Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan
pemerintah Naning yang kesembilan membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya
oleh pihak British.
Tentangan orang
melayu yang pertama terhadap kuasa luar ialah dearah Naning (Alor Gajah). Ini
adalah kerana British telah campurtangan dalam hal ehwal politik dan
pentadbiran negeri tersebut dan jelas dapat dilihat apabila British menguasai
Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka.
Negeri Melaka
dan daerah-daerahnya.
Pihak British
telah menegaskan bahawa segala peraturan yang dijalankan di Melaka akan turut
dilaksanakan di Naning dan kenyataan ini bercanggah dengan nilai-nilai tradisi
dearah Naning.
Pihak British
telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Ini sebagaimana
Naning memberi kepada Belanda dahulu dan perjanjian dengan British pada tahun
1801. Menurut perjanjian tersebut, Naning perlu menyerahkan satu persepuluh
hasil negerinya. Bagaimanapun, pihak Naning menjelaskan bahawa pemberian kepada
Belanda itu atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan.
Ketegasan pihak
British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara kedua-dua belah pihak
dan pada 1831 British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera
menyerang Naning akan tetapi dapat dipatahkan oleh Dol Said dan
pengikut-pengikutnya.
Beliau secara
keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen
peperangan.
Dol Said
Pahlawan Melayu Melaka
Peperangan
Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira
yang berani yang telah mengukir di sejarah Melaka. Beliau kemudiannya diberi
gelaran Penghulu Dol Said. Dengan pimpinannya itu, beliau telah berjaya
mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British
dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos
1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.
Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
Pada ketika
itu, nama Penghulu Dol Said kedengaran di mana-mana tempat. Semua penduduk
terutama bangsa Melayu menghamburkan pelbagai pujian terhadap keberanian beliau
selaku pemimpin yang menegakkan hak-hak orang Melayu.
Bagaimanapun,
yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati, sekali lagi bertindak
melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah mereka yang
kononnya tercalar, sekitar tahun 1982. Dan pertempuran kali ini telah memihak
kepada British.
Dol Said
akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning
kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan
British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan
Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Pihak Naning
tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu, akan
tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera
mereka seperti dijanjikan kepada Naning.
Pada masa yang
sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British mengenai
kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan
tulang babi dan anjing kekawasan sempadan Naning.
Oleh yang
demikian, berakhirlah kerajaan naning pada 1832 setelah sekian lama bertahan
dari serangaan Portugis, Belanda dan British. Kekalahan mereka bukan kerana
pihak asing tetapi oleh kerana bangsa sendiri yang menikam dari belakang. Orang
melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika mereka bersatu hati.