Bagi menjawab
persoalan ini marilah kita membuat sedikit sorotan sejarah mengenai status ini.
1. Dalam sebuah
dokumen rasmi terbitan Istana Seri Menanti bertajuk ‘Sejarah Raja-raja Melayu
dan adat istiadat Negeri Sembilan’ yang kini tersimpan rapi di Arkib Negara
Malaysia (ANM) secara jelas menyatakan gelaran Datuk Naning dikenali sebagai
‘SULTAN LELA MERAH’.
2. Pada sebuah
buku bertajuk ‘Sejarah Negeri Sembilan’ yang ditulis Zakiah pada tahun 2004
menyatakan bahawa Naning diperintah oleh seorang bergelar ‘Raja Naning’.
3. Dalam sebuah
jurnal peribadi tulisan Gabenor Belanda pada tahun 1678 yang bernama Governor
Balthasar Bort menyatakan di Naning terdapat seorang ‘RAJA’ dari keturunan
Minangkabau yang sangat sakti.
4. Datuk
Perpatih Nan Sebatang atau Sutan Merah Jatang Balun adalah anak kepada Ratu
Indah Jeliya (Ratu Sumatera) atau Ratu Indo Chati dan cucu kepada Seri Paduka
Raja Indrawarman (Raja Kerajaan Sriwijaya).
5. Sultan
Muzafar Shah (Sultan Melaka) pernah menganugerahkan gelaran RAJA kepada Datuk
Perpatih namun ditolak beliau.
6. Gelaran
‘Megat’ , ‘Merah’, ‘Tengku’ dan ‘Raja’ adalah hanya untuk kerabat diraja
sahaja. Gelaran ini semua ada pada nama Datuk-datuk Naning yang lampau.
7. Ratu
Elizeberth II (yang sekarang ini) pernah menghadap Datuk Naning pada tahun 1959
di Naning.
8. Dalam sebuah
buku lama tulisan Darus Ahmad pada tahun 1957 menyatakan bahawa Datuk Naning
adalah setaraf dengan Raja-raja Melayu di Tanah Melayu.
9. Dalam
perlembagaan menyatakan terdapat kewujudan Raja-raja kecil seperti Tunku Besar
Tampin dan salah satunya terdapat di Melaka.
10. Datuk
Naning satu-satunya pembesar negeri yang boleh menganugerahkan pingat kebesaran
selain Sultan dan Gabenor yang diiktiraf kerajaan pusat.
Justeru, anda
boleh menilaikan sendiri siapa dan apakah status Datuk Naning.
DYAM Tunku
Mahkota Johor pernah kata ada 10 Raja di Malaysia. Siapa raja ke 10 ?
- PADUKA SETIA -