Suntingan daripada tulisan Rashid Ibrahim.
Sebagai insan yg di amanahkan menjaga Sejarah kampung WarisanKu
Melaka Pindah. Saya terpanggil untuk
menerangkan dan menceritakan ringkasan kisah menarik tentang Melaka Pindah yang berdiam
diri sejak jatuh nya Kesultanan Melayu Melaka July 1511agar dengan ini ia
Tidak dipersendakan dan diperlecehkan lagi
Harapan dengan ini damailah Roh Roh Datuk
Nenek Moyang yang telah membela Agama, Bangsa Dan Tanah air bertuah dan
bermaruah ini dari dijajah yang mana kesenambungannya telah membina sebuah Negara
Malaysia yang Merdeka.
Asal usul Melaka Pindah
Dato' Paduka Seri Maharaja Lela Pembesar Delapan Kesultanan Melayu Melaka kurun ke15 masehi telah bermudik ke Ulu Sungai Melaka setelah Melaka dialahkan oleh
Angkatan Laut Portugis pada July 1511. Ia berundur bersama sahabat dan keluarga serta
pengikut-pengikut setianya.
Mereka telah bertapak, bertahan dan berperang di Kuala Sempit, Hilir Kg.Melaka Pindah bersama Datuk Syed Serban Kuning sehingga pasukan Portugis telah kalah disitu dan berundur balik ke Kota Melaka.
Bila keadaan kembali tenang dan reda beliau telah membina penempatan baru disekitar kawasan ini yang diberi nama Melaka Pindah dan terus menetap bersama dengan Pembesar pembesar yang lain.
Antara para sahabat setianya yang berjuang mempertahankan tanah air ialah :
1.Datuk Paduka Tuan(Balai)
2.Paduka Debon(Ulu Melaka Pindah)
3.Datuk Harimau Kumbang (BukitTambak)
4.Datuk Syed Serban Kuning(Air Udang).
5.Paduka Bilal Sultan
6.Panglima Hitam
7.Panglima Si Kudong
Mengikut cacatan sejarah, Beliau telah membina sebuah perigi untuk kegunaannya dan dikatakan telah berdoa dan menaruh azimat sebagai usaha dan tawakal kepa Allah. Dikatakan sesiapa yang meminum atau mandi airnya perigi tersebut, dengan izin Allah hatinya akan kasih dan menetap di Melaka Pindah.
Beliau meninggal dunia pada bulan July 1521