"Pijak melaka gegar serata ,
Gagah melangkah berundur tiada .
Dengar nama...bangsa barat
bergoncang jiwa ,
Sedihhh...kini bukan sekadar
MELAKA malah ANAK BANGSA pun dah TERLUPA"
- Waris Panglima Kinta -
Penghijrahan Orang Minangkabau
Pada permulaan abad ke-13 M, orang Sumatera dari Tanah Minangkabau
mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang
Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk
hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang Minangkabau
ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda.
Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak
memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih.
Orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal
mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari
Tanah Datar dan Payakumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan
yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan
Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan
Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Sejarah Yang Dipertuan Besar
Raja Melewar
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773,
memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri
Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari
Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar
Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua
negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk
kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada
Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai
Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan,
Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang
yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor.
Rembau dan Naning merupakan dua kawasan yang banyak disebut dalam sumber Belanda sepanjang abad ke-17 iaitu selepas kuasa Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641. Tetapi hubungan orang Minangkabau dengan Belanda sentiasa renggang. Melaka berasa teracam. Kerajaan Johor pula berbaik-baik dengan Belanda sejak 1630-an kerana sering memberi bantuan kepada Belanda menentang Portugis di Melaka.
Pada tahun 1673, Johor Lama telah dimusnahkan oleh orang Jambi. Sultan Abdul Jalil (1623-1677) terpaksa melarikan diri dan menetap di Pahang dan mangkat di sana. Orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyong bagi memerintah negeri-negeri yang didiami orang Minangkabau di Semenanjung. Itu merupakan kali pertama percubaan untuk mewujudkan sebuah kerajaan Minangkabau di Semenanjung. Anak raja Pagar Ruyung, Raja Ibrahim tiba pada tahun 1677, diiringi menurut laporang Belanda oleh 3770 orang Sumatera. Orang Belanda di Melaka berasa cemas, kebimbangan kerajaan Johor lebih ketara lagi kerana pengaruh dan kewibawaannya ke atas petempatan-petempatan Minangkabau itu terancam. (Kim, 1990: 4)
Pada awal abad ke-18, Raja Kechil dari Siak berjaya merampas takhta
Johor menjadikan kedudukan orang Minangkabau lebih kukuh di Semenanjung. Pada
awal 1721, orang Bugis mula mencabar kewibaan dan kuasa Raja Kechil. Mereka
diketuai oleh Daeng Marewa. Raja Kechil berhasrat membunuh Sultan Abdul Jalil
di Pahang dan menyerang Linggi pada tahun yang sama, usaha ini gagal. Oleh itu
Orang Bugis melanggar Riau dan membunuh ramai orang Minangkabau di sana.
Setelah itu orang Bugis mengangkat Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil
sebagai sultan Johor yang baharu. Daeng Marewa, ketua orang Bugis dilantik
sebagai Yamtuan Muda.
Tetapi persaingan orang Bugis dan Raja Kechil belum berakhir. Raja Kecil cuba menyerang orang Bugis dengan menggunakan angkatan laut yang kuat. Raja Kechil cuba mendapatkan sokongan orang Minangkabau di Semenanjung. Sumber Belanda pada waktu itu menyatakan Raja Rembau ialah Raja Melewar. Raja Melewar tidak menyokong Raja Kechil kerana sumber Belanda mengatakan Raja Kechil menghantar Raja Khatib untuk menentang Raja Melewar. Pada awalnya Raja Khatib berjaya meluaskan pengaruhnya ke naning serta kawasan-kawasan lain seperti Seri menanti, Johol dan Tampin. Tetapi dalam serangan balas yang dilancarkan oleh Raja Melewar, Raja Khatib tewas, kemudian diberkas oleh orang Belanda dan dihantar balik ke Siak pada 1728. (ibid, 5)
Tidak dapat dipastikan tarikh yang tepat ketibaan Raja Melewar dari
Pagar Ruyung, Minangkabau. Pada tarikh 1727 hingga 1728 dikatakan beginda telah
memerintah Rembau. (Ibid, 6). Mengikut salasilah Raja-raja Minangkabau Sultan
Abdul Jalil Johan, Raja alam Minangkabau yang bertakhta di Istana Gudam
Pagaruyung telah memilih anakandanya Raja Mahmud yang lebh dikenali dengan nama
Raja Melewar. Pemergian Raja Melewar dibekalkan oleh ayahandanya sehelai rambut
panjang kepunyaan Sultan Abdul Jalil Johan seabagi simbol keturunan dan
kebesaran. Baginda telah dilantik dan diabalkan sebagai Yamtuan oleh Undang
Yang Empat pada tahun 1773 dan memegang jawatan sehingga kemangkatannya pada
tahun 1795. (Nadzan, 2005:, 335)
Pada 1773 lagi, institusi beraja telah wujud secara rasmi di Negeri
Sembilan apabila negeri itu ditubuhkan dengan gabungan sembilan buah daerah
iaitu Rembau, Tampin, Jelebu, Johol, Jempol, Sungai Ujong, Inas dan Terachi,
Hulu Muar dan Gunung Pasir. Tetapi kini pembahagian daerah telah ditukar untuk
tujuan pentadbiran.
Pada awalnya jawatan Yamtuan ini tidak jatuh pada keturunan. Bila
Yamtuan Melewar mangkat sipohon seorang lagi penggantinya dari Minangkabau.
Anak raja yang didatangkan terus dari Pagaruyung kali ini bernama Raja Hitam
yang menduduki takhta Sri Menanti antara tahun 1795-1808. Selepas kemangkatan
baginda, diutuskan seorang lagi anak Raja Pagaruyung bernama Raja Lenggang yang
menjadi Yamtuan dari tahun 1808 hingga tahun 1824. Ketiga-tiga anak raja yang
dijemput telah diberi sambutan di Kampung Penajis dalam luak Rembau di mana
didirikan sebuah istana untuk kemudahan persinggahan sebelum meneruskan
perjalanan merentas hutan dan bukit-bukau ke Seri Menanti. (ibid, 335)
Tuanku Muhammad
Dinasti Seri Menanti bermula dari Yamtuan keempat iaitu Yamtuan Radin
anak Yamtuan Lenggang yang menaiki takhta pada tahun 1830. Kemangkatan Yamtuan
Radin pada tahun 1861 telah dilantik pula Yamtuan Imam, adinda Yamtuan Radin
yang menduduki takhta dari tahun 1861 sehingga 1869. Berlaku kekosongan untuk
beberapa tahun disebabkan putera Yamtuan Imam yang menuntut takhta kerajaan
telah tidak dilantik oleh Undang Yang Empat. Kekosongan ini berlarutan beberapa
tahun sehingga Tuanku Antah putera Yamtuan Radin dipilih dari tahun 1872 hingga
1888. Ketika ini pengaruh British telah meluas ke seluruh Negeri Sembilan,
Tuanku Muhammad iaitu anak Yamtuan Antah telah dilantik menduduki takhta
kerajaan. Oleh kerana usia baginda masih muda tatkala menaiki takhta Yamtuan Muhammad
kekal sebagai Yamtuan Seri Menanti dan kemudiannya Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan selama 45 tahun (1888-1933).
Tuanku Abdul Rahman menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama.
Selepas kemangkatan baginda, terdapat beberapa calon bagi takhta
Yamtuan, antaranya dua calon terkemuka iaitu adinda almarhum. Tuanku Besar
Burhanuddin dan putera sulung almarhum bernama Tuanku Abdul Rahman. Undang yang
empat telah memilih dan melantik putera almarhum, Tuanku Abdul Rahman dan kekal
menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 27 tahun (1933-1960).
Apabila baginda mangkat, anakanda baginda yang sulung, Tunku Munawir telah
dilantik menggantikannya dan menaiki takhta selama tujuh tahun sebelum mangkat.
(ibid, 336)
Pengganti Tunku Munawir ialah Tunku Jaafar yang menaiki takhta pada
1960 hingga mangkat pada 2008. Apabila
Tuanku Munawir
Tunku Jaafar mangkat, Undang Yang Empat Negeri Sembilan telah memilih
Tunku Mukhriz ibn Almarhum Tunku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan yang baharu.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di
Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang
memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.